Posts Tagged ‘ iftar jamai’e ’

Persediaan untuk Para Da’e


Al-kisah membawa para pembaca sekalian kepada Program Iftar Jama’e IKRAM Kajang yang berlansung di Sekolah Sri Al-Amin Bangi pada 28 Rabiul Awal 1432 bersamaan dengan 3 Mac 2011. Program yang berteraskan ukhuwwah islamiyyah ini diraikan bersama-sama golongan pakcik-makcik dan remaja sekali.

Sedikit perkongsian daripada Ustaz Abd Hariz bin Bain mengenai keperluan yang tidak mesti tidak perlu ada bagi setiap para da’e yang tetap tekun atas dalam da’wah yang mereka pikul ini.

Semestinya dan pasti jalan da’wah yang kita amati ini bukanlah satu jalan yang dihiasi dengan permaidani berwarna merah yang empuk lagi tebal bulunya dan bukan juga ditaburkan di atas jalan ini dengan bunga-bunga bermacam gaya yang baunya sungguh harum. Akan tetapi, jalan ini penuh dengan pancaroba cabaran dan dugaan yang akan membuatkan kita putus harapan dan lemah untuk meneruskan perjuangan atas jalan ini. JANGAN BEGITU! Secara fitrahnya memang normal sahaja.

Kalau kita imbas kembali zaman Rasulullah dahulu begitu banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa sahabat-sahabat Rasulullah tempuhi dalam mempertahankan aqidah dan agama mereka. Malahan, pada masa kini juga walaupun sudah 1400 tahun Islam mekar atas muka bumi ini namun masih ada tentangan atau cabaran yang perlu kita tempuhi akhirnya. Senang kata, di mana ada al-Haq di situ akan ada penentangan daripada al-Batil.

Jadi, persoalannya mampukah kita istiqomah atas jalan yang kita pikul ini atau adakah kita akan futur di pertengahan jalannya?

Semangat membara sahaja untuk menegakkan al-Haq tidak mencukupi untuk kita hadapi cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi pada masa akan datang kalau tiada kekuatan jiwa dan hubungan dengan Allah tidak dijaga.

KISAH TALUT DAN JALUT

Hayati firman Allah ini, surah al-Baqarah ayat 246 – 252:

Ayat di atas menceritakan kisah Talut (Saul) dan Jalut (Goliath) di mana pendokong Islam diuji dengan beberapa siri ujian yang ditetapkan oleh Allah untuk menghitung setakat mana keikhlasan dan ketaqwaan mereka.

Di sini ana mengkategorikan sebanyak tiga siri ujian:

  • Menerima perintah Allah.

But when fighting was prescribed for them, they turned away, except for a few of them. And Allah is Knowning of the wrongdoers“.

Syariat peperangan untuk menguji mereka yang mempunyai niat yang baik dan jujur dan mereka yang tidak berniat demikian yang hanya bijak dan berkata-kata bahkan hanya mempermain-main dan mempersenda-senda urusan agama. Di siri yang pertama ini pun telah ramai yang gugur dan hanya sekumpulan kecil sahaja yang menyahut dan menyambut.

  • Mematuhi perintah pemimpin.

And when Saul went forth with the soldiers, he said, “Indeed Allah will be testing you with a river. So whoever drinks from it is not of me, and whoever does not taste it is indeed of me, excepting who takes [from it] in the hollow of it hand.” But they drank from it, except a very [few] of them“.

Talut membuat arahan supaya tidak mengambil minuman yang banyak dan tidak duduk lama di sungai itu kerana ;

· Mereka akan leka dan tidak meneruskan perjalanan.
· Lewat melaksanakan tugasan.
· Malas dan bertangguh-tangguh.
· Terlekat dengan kesenangan duniawi.
· Menggangu kesihatan kerana mereka dalam keletihan.

Di peringkat ini, ramai pula yang gagal melepasi ujian lalu tidak meneruskan perjuangan. Hanya sekumpulan kecil yang lulus dan melayakkan diri ke medan.

  • Ujian di medan yang sebenar.

Then when he had crossed it along with those who believed with him, they said, “There is no power for us today againt Goliath and his soldiers. “But those who were certain that they would meet Allah said, “How many a small company has overcome a large company by permission of Allah. And Allah is with the patient“.

Di sini sekali terjadinya ujian terhadap keimanan dan kesabaran apabila benar-benar berhadapan dengan kumpulan musuh yang kuat dan besar. Bagi mereka yang berjiwa lemah, kekuatan lahiriyah musuh itu cukup untuk menghilangkan pertimbangan lalu mengambil sikap menarik diri. Bagi mereka yang teguh pendirian, kekuatan dan kebesaran Allah lebih dipercayai dan diharapkan. Inilah kemuncak kesabaran dan kesabaran inilah yang akhirnya mengundang kemenangan dan pertolongan Allah.

Justeru, bagaimana caranya untuk kita isi jiwa kita supaya ujian-ujian yang kita hadapi nanti tidak akan melemahkan kita dan selagi gus membuatkan kita terkandas di medan perjuangan?

AMALAM PARA SYUHADAH

Ustaz Haris ada menceritakan bahawa ustaz pernah membaca majalah-majalah Palestin suatu ketika dahulu, dan apa yang menarik perhatian ustaz adalah apabila ustaz membaca ruangan ‘Para Syuhadah’ di dalam majalah itu. Ruangan ini menempatkan saudara-saudara kita yang mati syahid beserta dengan butiran peribadi dan amalan harian mereka. Apa yang menakjubkan adalah persamaan yang ketara dalam kalangan para syuhadah ini.

Sebagai contohnya, kebanyakkan daripada mereka merupakan ahli masjid atau surau. Iaitu mereka amat aktif dalam hal-hal kemasyarakatan dan mempunyai peranan atau tanggungjawab di dalam masyarakat. Selain itu, mereka juga mempunyai persamaan dalam amalan-amalan sunat lebih-lebih lagi amalan puasa sunat. Hampir tiap-tiap edisi majalah dalam ruangan ini yang dikeluarkan, para syuhadah tidak ketinggalan dan tidak mesti tidak ada kepada setiap individu dalam perihal yang dikatakan tadi.

Seolah-olah Allah memilih hamban-hambaya yang syahid pada jalan-Nya yang menepati ciri-ciri dan sifat-sifat yang dikatakan tadi.

Adapun begitu, tidakkah mahu kita ikuti jejak langkah tapak kaki golongan-golongan syuhadah ini yang mana mereka ini memang pasti tetap pendiriannya dalam memperjuangkan agama yang mulia ini?

Adakah kita pasti dengan amalan yang kita lakukan dan pendirian kita sekarang ini sudah memadai untuk menghadapi medan perjuangan yang hakiki nanti?

Tidak sama wahai ikhwah dan akhowat sekalian bagi mereka yang berjuang sebelum kemenangan yang besar dan sesudahnya. Samada kita turut berjuang, berkorban jiwa dan raga untuk capai kejayaan itu atau kita hanya menonton dan tunggu kejayaan itu datang yang sememangnya ia pasti akan datang.

Wallahua’lam….

(p/s: posting ini berdasarkan gaya penulisan sendiri…harap maaf kalau ada kekurangan dalam pengolahan ayat dan kesalahan maksud…sebarang pembetulan dialukan…^_^)

29 Rabiul Awal 1432 H

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"