Posts Tagged ‘ putrajaya ’

Picnik di Putrajaya


PUTRAJAYA, 12 MEI 2011 – IKRAM-i UNITEN telah menganjurkan ‘picnik’ sempena kemasukan ke universiti bagi semester baru ini. Tujuannya adalah untuk ‘ahlan wa sahlan‘ ahli-ahli baru dan memperkukuhkan lagi ukhuwwah dalam kalangan ahli. Ia juga dapat menyemarakkan kembali semangat untuk berjuang ke arah lebih baik selepas hampir sebulan bercuti.

Alhamdulillah, seramai 20 orang mengikuti ‘picnik’ ini. Kebanyakkannya adalah pelajar tahun asasi yang baru masuk ke alam universiti.

Perjalanan kami ini bermula di rumah ikhwah (Darul-Khoir) pada pukul 8.30 malam dengan solat Isya’ secara berjamaah di surau berdekatan. Sesi taklimat diberikan oleh akh Rahimi sesudah solat Isya’.

Perjalanan diteruskan dengan dipandu arah oleh akh Ikram ke destinasi kami iaitu di Menara Monumen Alaf. Di sana kami makan Domino’s Pizza (take away) terlebih dahulu . Selepas itu, mulanya sesi ta’aruf yang dikendalikan oleh akh Ikram menunjukkan walaupun satu perkenalan yang ringkas mengetahui nama, tempat lahir, dan bidang, tetapi dapat membawa gelak ketawa ketika sesi ta’aruf dan tidak merasakan jurang di antara mereka yang baru dengan yang lama.

Akhir sekali, kami ke Menara Monumen Alaf dan meneliti kisah-kisah sejarah yang berlaku di Malaysia dari tahun 1400 hingga tahun 2002. Apabila sampai sahaja di puncak, tazkirah diberikan oleh akh Zubair.

Gambar-gambar boleh dilihat di ruangan ‘Galeri

11 Jamadi Akhir 1432 H bersamaan 14 MEI 2011

Wallahua’lam…